Blog Berita Online

Berita Utama

14 bulan terlantar sakit, budak dihempap peti ais meninggal dunia

Selepas lebih setahun terlantar sakit akibat dihempap peti sejuk, kanak-kanak lelaki Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari disahkan meninggal dunia petang tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, bapanya Mohd Bukhari Zainal Anuar berkata arwah yang berusia enam tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.

“Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri,” katanya.

Menurut Mohd Bukhari, jenazah dibawa pulang ke rumah mentuanya di Kampung Gedung Lalang Ampangan, Seremban dan dijangka akan dikebumikan esok pagi.

Pada 12 Julai tahun lalu, peti sejuk setinggi kira-kira 1.8 meter itu dibeli bapanya untuk kegunaan perniagaan sebelum tumbang serta menghempap Allahyarham sehingga mengalami kecederaan parah.

Leave a Reply