Berita Utama

3 beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu

TIGA beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, 6.30 petang hari ini.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga beradik itu ialah Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 15, yang tinggal berhampiran sungai berkenaan.

Katanya, mereka dikatakan ke sungai itu 6 petang dan kejadian disedari empat lelaki yang memancing di tebing Sungai Kampung Mesah berhampiran seberang sungai tempat berlaku kejadian.

“Empat pemancing mendakwa nampak mangsa mandi dan tidak lama kemudian saksi terdengar suara meminta tolong sebelum ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, saksi mendapati mangsa sudah hilang,” katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa yang ke lokasi kejadian mengesahkan semua mangsa adalah anaknya berdasarkan pakaian dan telefon bimbit yang ditinggalkan di tebing sungai.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Loading...

Leave a Reply