Berita Utama

50 lagi etnik Rohingya mendarat di Langkawi

LEBIH 50 pelarian etnik Rohingya dilapor mendarat dengan menaiki bot di Jeti Teluk Ewa di Langkawi, pagi tadi.

Bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (Pati) itu dikesan penduduk berada di kawasan perairan berkenaan, jam 11 pagi.

Seorang penduduk enggan dikenali memaklumkan, dua trak polis dilihat menuju ke kawasan jeti berhampiran sebuah kilang simen itu.

“Difahamkan etnik Rohingya masuk di jeti berhampiran kilang simen dengan sebuah bot besar dan jumlah sebenar tidak diketahui.

“Kami ada lihat dua trak polis masuk ke kawasan jeti dipercayai untuk mengangkut kumpulan Pati terbabit ke pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Bukit Malut,” katanya ketika ditemui.

Sehingga kini, APMM belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan usaha mendapatkan reaksi pihak berkuasa sedang dilakukan.

Pada 5 April lalu, lebih 200 kumpulan etnik sama mendarat di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, di sini.

Diikuti kejadian 16 April lalu apabila dilaporkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengusir sebuah bot membawa lebih 200 pelarian warga Rohingya di kawasan perairan Langkawi.

Loading...

Leave a Reply