Berita Utama

6 maut kemalangan ngeri di Lahad Datu, anggota polis dan isteri antara mangsa

LAHAD DATU – Enam maut dalam satu kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, tiga kenderaan yang terbabit adalah sebuah Isuzu Dmax (pacuan empat roda), sebuah Proton Saga dan sebuah treler.

Akibat kemalangan, treler terbabit turut terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter manakala dua lagi kenderaan remuk teruk di atas jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.51 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, semua mangsa masih tersepit di dalam ketiga-tiga kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Pasukan Bomba terpaksa menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan malang berkenaan.

“Semua enam mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lori, dua mangsa terdiri seorang lelaki dan wanita. Sumber memberitahu mereka adalah suami isteri, dan si suami adalah seorang anggota polis, yang menaiki Isuzu Dmax serta dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga, identiti kesemua mangsa masih dikenalpasti, maklumat lanjut pihak polis akan berikan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Kamarulzaman kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...

Leave a Reply