Berita Utama

7 bulan tak jumpa, suami menyamar jadi ‘orang aircond’ buat kejutan untuk anak-anak

Secara jujurnya, wabak pandemik Covid-19 ini telah menghadirkan pelbagai kisah suka duka kepada orang ramai.

Jika dulu pernah bekerja, kini mungkin sedang berusaha sehabis baik mencari rezeki buat keluarga.

Bagi yang berkeluarga pula, cabaran mungkin lebih besar daripada mereka yang ‘single’.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman sosial, kepulangan seorang bapa pastinya sangat dinantikan tetapi bagi pasangan suami isteri ini, mereka mahu beri kejutan kepada anak-anak apabila si bapa menyamar sebagai ‘orang aircond’.

Maaf, tak tertahan air mata tatkala melihat anak-anak menyerbu bapa mereka dengan panggilan Pa kerena terlalu rindu.

Semoga perkongsian ini mampu memberi pengajaran kepada kita dalam menghargai insan tersayang selain sama-sama kuat dalam menghadapi dugaan ketika pandemik ini.

Loading...

Leave a Reply