Berita Utama

9 sekeluarga mati lemas, polis dedah apa sebenarnya yang berlaku

KUCHING – Tahun baharu 2021 di Sarawak bermula dengan tragedi apabila sembilan orang termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak lelaki, lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, kira-kira 120 kilometer (km) dari sini petang Jumaat.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, kesemua mangsa yang merangkumi lima lelaki dan empat perempuan itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Jurucakap PGO berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok yang terletak kira-kira 98 km dari kawasan berkenaan, digegaskan ke lokasi namun mendapati kesemua mangsa telah dibawa naik ke atas jeti semasa mereka tiba.

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintedan Bingkok John yang mengesahkan kejadian tersebut berkata identiti mangsa belum diperoleh. – Bernama

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!