Air yang dicincang tidak akan putus. Itulah peribahasa yang sesuai mengambarkan hubungan dua beradik yang tular di Tiktok, baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @83suka ini memaparkan momen yang sangat mengharukan ketika majlis perkahwinan adiknya yang juga seorang wanita kelainan upaya.
Dalam video tersebut, lelaki itu telah mendukunga adiknya yang tidak mampu berjalan menuju ke pengantin lelaki.
Dalam kapyen yang ditulis, lelaki itu meminta agar suami adiknya terus menyayanginya hingga ke akhir hayat selain memimpinnya sampai ke syurga.
Dia juga berharap orang ramai dapat sama-sama mendoakan kebahagian adiknya yang kini sudah berumah tangga.
Menerusi TikTok pengantin perempuan pula, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada abang tersayang yang sudi mendukungnya ke pelaminan ketika akad nikah dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sudi menerima kekurangan dirinya.
Situasi mengharukan itu telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari sejuta orang tidak sampai satu hari ia dimuat naik.
Rata-rata sebak melihat kasih sayang antara adik beradik yang begitu kuat dan mendoakan agar pasangan tersebut terus berbahagia hingga ke syurga.
Leave a Reply