Viral

‘Abe Pink’ kongsi video berubah jadi mak nyah, isteri tetap setia di sisi

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dari Kelantan menjadi perhatian netizen selepas mendedahkan kisah peribadi yang selama ini menjadi buah mulut orang ramai.

Kisah mereka bukan sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat, tambahan lagi apabila melihat si isteri bersuamikan seorang lelaki ‘mak nyah’.

Pasangan itu mula mendapat perhatian apabila si suami mendedahkan dia masih bahagia bersama isterinya walaupun sudah menukar diri menjadi seorang ‘mak nyah’.

Lelaki yang dikenali sebagai Abe Pink, 35, itu berkongsi cerita perubahan penampilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menurutnya, dia mengubah penampilan kepada seorang wanita sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun sudah beristeri, dia nekad meneruskan niat menukar dirinya menjadi mak nyah.

Namun begitu, dia dan isteri tidak pernah terfikir untuk berpisah dan masih menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Malah, isterinya yang dikenali sebagai Yana tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.

Mungkin perubahan yang berlaku terhadap Abe Pink merupakan satu ujian dan dugaan Allah ke atas dirinya. Abe Pink turut menyatakan dia juga tidak meminta perkara itu terjadi ke atas dirinya.

Dalam pada itu, majoriti pengikut mendoakan agar dia berubah ke jalan yang benar, malah Abe Pink sendiri memohon netizen mendoakan supaya dirinya kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Isterinya turut menerima pujian dan disifatkan sebagai seorang yang ‘tabah’ kerana sanggup menerima kekurangan suaminya dengan seadanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!