KUALA LUMPUR – Industri tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi Adibah Noor, 52, sebentar tadi.
Kematian Allahyarham dikongsikan awal oleh Datin Emylia Ronaida, isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi instagramnya sekitar pukul 8 malam tadi.
Difahamkan, beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles sekitar 6.30 petang tadi.
“Allahuakbar sedihnyer, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yang versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” tulisnya.
Perkara itu juga mula tular di Twitter dan media sosial yang lain.
Baru-baru ini, penyanyi berkenaan membuat kemunculan mengejutkan apabila badannya kelihatan semakin susut.
Dilaporkan beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) sejak mula mengamalkan pemakanan sihat dalam tempoh dua bulan lalu.
Berita lanjut menyusul
Leave a Reply