Berita Utama

Adik temui ajal kereta bertembung bas henti-henti

TELUK INTAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 28, Jalan Langkap-Kampar berhampiran Kampung Degong, di sini, hari ini.

Mangsa, Ahmad Zulfendi Anuar, 30, yang memandu kereta Toyota Corolla meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian ada penumpang dalam bas berkenaan, namun mereka termasuk pemandu bas tidak cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.29 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta yang menyebabkan pemandu kereta berkenaan tersepit

“Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan pemandu kereta, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.20 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!