SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di hadapan bangunan lama UMNO di Tangkak, hari ini.
Mangsa Nor Farazira Sakri, 22, yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas digilis treler.
Permergian Nor Fazira yang merupakan anak bongsu mengundang kesedihan pada ahli keluarga dan mereka yang mengenali arwah.
Kakak mangsa yang dikenali sebagai Nor Farahin nyata terkejut dengan pemergian adiknya selepas kali terakhir bertemu arwah sebelum PKP berkuatkuasa.
”Allah Zira, kita dah lama tak dapat jumpa sebab PKP. Last kita jumpa sebelum PKP, Tak sangka harini aku balik sana datang jumpa kau untuk mandikan kau. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk adik bongsu saya, Allahyarhamah Nor Farazira binti Sakri,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Arwah disifatkan sebagai seorang adik yang periang dan amat rapat dengan ahli keluarganya.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Leave a Reply