Viral

Ketinggian bukan penghalang, jejaka kacak dan gadis comel ini jadi tumpuan

Tular di media sosial gambar majlis pertunangan seorang lelaki dikenali sebagai Zakwan dengan wanita bernama Adilah Nazreen.

Sejak dimuat naik di Intagram dua hari lalu, pasangan ini tidak putus menerima ucapan tahniah bukan sahaja daripada rakan-rakan dan sahabat handai, malah netizen yang mereka tidak kenali.

Sekali imbas, ramai yang melihat ia suatu yang normal sahaja. Bagaimanapun, kisah pasangan ini mulai ‘memancing mata’ ramai atas faktor fizikal yang sangat berbeza!

Difahamkan, Zakwan memiliki ketinggian 188cm, manakala Adillah pula hanya 144cm. Mereka telah selamat mengadakan majlis pertunangan di kediaman Adillah di Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.

The most favourite photo! Thankyou! ❤️ #188cm144cm

A post shared by @ adilahnazreenn on

Bertemakan warna coklat lembut, pasangan ini tampak comel dan berseri ketika mengadakan sesi photoshoot.

Netizen menganggap bahawa ketinggian bukanlah menjadi ukuran dalam sesebuah percintaan.

Wah! Benarlah kata orang, cinta bukan di nilai dari segi paras rupa, sebaliknya ia terletak pada hati seseorang yang ikhlas dalam percintaan.

Apa-apa pun, didoakan semoga kedua-duanya cepat-cepat naik pelamin ya!

Foto : IG Zakwan Azman, Adillah Nazreen

Loading...

Leave a Reply