Berita Utama

Adun Lembah Jaya menang cabutan BSN RM1 juta

Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020 menyaksikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha menjadi pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta.

Keputusan kemenangan SSP bernilai RM1 juta itu diketahui selepas BSN memaklumkan hal tersebut melalui laman webnya.

Sementara itu, cabutan bagi bulan Jun 2020 pula telah dikendalikan secara langsung dalam FB BSN pada 4 Julai.

Dalam keputusan cabutan istimewa BSN SSP itu, Haniza diumumkan sebagai pemenang RM1 juta dengan nombor sijil simpanan 018-88843761.

Laman sosial Facebook Penggerak Komuniti Negara P109 Kapar juga mengesahkan Haniza yang juga bekas ketua wanita PKR yang baru saja dipecat hadir ke Wisma Ehsan BSN Cawangan Negeri Selangor, Shah Alam pada 8 Julai bagi menerima wang cabutan itu.

Dalam hantaran tersebut turut dikongsikan beberapa keping gambar Haniza menerima mock cheque dari Pengarah Negeri BSN Selangor.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menambung Sijil Simpanan Premium.

Pada 28 Jun lalu, selain dipecat dari jawatan disandangnya, PKR juga melucutkan keahlian Haniza.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!