TEMERLOH: Sejak lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum dekat sini.
Difahamkan, gambar itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Suasana itu menyebabkan ramai memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi termasuk antara punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sekarang.
Menyedari kejadian itu menjadi tular, ada pihak telah mengambil tindakan membakar barangan tersebut.
Sementara itu, seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dakwanya, semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.
Namun, sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.
Leave a Reply