Berita Utama

Akaun Twitter UPU ditutup selepas kantoi ‘like’ video lucah

Semalam kecoh di media sosial apabila akaun Twitter rasmi UPU, @twt_upu tersilap ‘like’ video lucah sehingga mengundang kecaman warga maya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja isu tersebut viral, pihak admin telah menyahaktifkan akaun tersebut dari dilihat oleh orang awam.

Twitter tersebut merupakan akaun rasmi bagi rujukan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat mengenai status kemasukan ke IPTA.

Selain itu, laman tersebut turut memberikan info-info berguna mengenai pendidikan kepada bakal mahasiswa.

Akibat kesilapan tersebut, akaun yang mempunyai lebih 50 ribu followers itu kini hanya tinggal kenangan.

Rata-rata netizen marah kerana perbuatan tersebut telah mencemarkan reputasi sebuah institusi. Tak kurang juga yang membuat troll terhadap admin akaun tersebut.

Loading...

Leave a Reply