Blog Berita Online

Berita Utama

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo kembali dijual semula hari ini

UTUSAN Malaysia, yang dihentikan penerbitannya pada tahun lalu, kembali semula dijual di pasaran bermula hari ini, bersama akhbar tabloid di bawah penerbitan yang sama, Kosmo!

Seorang pengguna Twitter, Helme Hanafi mengucapkan selamat kembali kepada dua akhbar tersebut.

Ramai juga netizen yang teruja dengan kembalinya Utusan Malaysia di pasaran kerana akhbar ini adalah akhbar paling lama yang bertapak di negara ini.

Pada Oktober tahun lalu, seramai 862 kakitangan Utusan kehilangan pekerjaan berikutan krisis kewangan yang berpanjangan.

Pada bulan berikutnya, bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengumumkan Utusan akan memulakan operasinya pada awal tahun ini.

Utusan pertama kali diterbitkan dalam tulisan Jawi pada 1939 sebelum beralih ke tulisan Rumi pada 1967.

Semoga Utusan Malaysia dan Kosmo terus berada di hati dan sanubari pembaca.

Leave a Reply