Hiburan

‘Akhirnya dia boleh gembira macam orang lain’ – Noor Nabila sebak Neelofa dah jadi isteri orang

BERTAHUN-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijabkabulkan pada pagi, Sabtu.

Menurut Nabila, 37, dia terlalu gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini iaitu bergelar isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz.

“Sudah tentu saya berasa sebak dan terharu bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.

“Perasaan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila kepada mStar selepas selesai majlis akad nikah pasangan tersebut.

Neelofa yang berusia 32 tahun sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Selebriti yang turut memeriahkan majlis akad nikah pasangan Neelofa dan PU Riz iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha bersama suami, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.

Dalam pada itu, Nabila yang juga baharu sahaja bernikah dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.

Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.

“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah senang bersama,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!