Berita Utama

Akibat ‘show off’ keterlaluan di media sosial, lelaki ini hilang segala kemewahan

Mungkin tidak ramai yang tahu, kira-kira sebulan yang lalu telah tertangkapnya seorang ‘Instafamous’ yang berpengkalan di Dubai.

Namanya ialah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi.

Ray berasal dari Nigeria.

Dengan menggunakan laman sosial miliknya yang mempunyai seramai 2.5 juta pengikut, dia sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah.

Hampir setiap hari dia berkongsi koleksi kenderaan mewah miliknya, ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah.

Dia juga sering membeli belah pakaian yang berjenama ribuan dollar. Pokoknya apa sahaja keluaran terbaru terutama yang keluaran terhad dari jenama mewah akan dibelinya. Sehinggakan dia menggelar dirinya sebagai “Billionaire Gucci Master”.

Kerana sering berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, secara tidak sedar dia telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya.

Dia sering memberitahu segala kemewahan yang dia ada ini datang dari hasil perniagaannya tetapi dia tidak pernah memberitahu apa jenis perniagaannya kepada umum.

Selama 4 bulan, pihak FBI mengekori dan memantau segala pergerakannya melalui instagram miliknya (Hushpuppi) itu.

Akhirnya, kecekapan pihak FBI telah dapat mengetahui bahawasanya Hushpuppi adalah seorang “scammer” dalam talian.

Abbas mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang. Modus operandi Abbas dan pasukannya adalah menghantar e-mail palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.

Dengan menggunakan kepakarannya, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memindahkan wang yang telah di scam itu ke beberapa akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia hanya dengan transaksi dalam talian.

Mereka berjaya memindahkan wang-wang tersebut berjuta-juta dollar setiap hari.

Setelah pihak FBI mempunyai cukup bukti, mereka dengan kerjasama Polis Dubai merancang penangkapan ke atas Abbas di tempat kediamannya di sebuah kediaman mewah di pusat bandar Dubai.

Operasi khas itu dinamakan “Operation Fox Hunt 2”.

Abbas dan beberapa orang rakannya berjaya ditangkap pada malam ketika dia sedang tidur.

Polis Dubai juga telah membuat video khas pada malam operasi penangkapan Abbas itu.

Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatannya.

Apa yang menarik, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.

Bergitulah pengakhiran seorang ‘Instafamous’ dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu.

Mungkin anda tidak sedar dalam anda gembira kerana mendapat populariti dan pengikut yang ramai, ada mata ‘penguasa’ yang memerhati tanpa anda sedari.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!