Blog Berita Online

Hiburan

‘Aku yang bela, bukan kau’ – Isu bela anjing, Alicia Amin jawab netizen

Pelakon dan juga model, Alicia Amin mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang suka melontarkan komen negatif terhadap individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Jelas Alicia, orang luar tidak berhak untuk mempertikai keputusannya untuk membela anjing dan sekiranya mereka tidak berasa selesa, mereka tidak perlu melihatnya.

“I’m so tired of all these stupid comments regarding my dogs. They’re the goodest dogs who do nothing wrong and I know ‘ada je melayu yang ada anjing kenapa kena post’.

“Excuse you suka hati la. Tak suka tak payah bela anjing. Aku yang bela bukan kau.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Alamatnya Cinta itu menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, adalah lebih untuk kita sentiasa berbuat baik terhadap binatang berkenaan daripada terus memikirkan mengenai tanggapan negatif segelintir pihak terhadap diri mereka.

“Also if you’re Malay and love dogs and you takut nak tolong anjing or takut wanna walk your dog because there are malays around please take care of the dog.

“Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna. Baik jaga your dog that will love you and protect you. K dah. Geram,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Alicia baru sahaja mendirikan rumah tangga berasa pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan pada tanggal 14 Februari lalu.

Sumber: Instagram Alicia Amin

5 Comments

  1. Noni Akma

    Itu hak saudari xsiapa larang tp anjing mmg org islam xblh buat binatang peliharaan …lebih afdal tanya ustaz kot..sbb kita pon xpndi sgt tp org yg jahil mcm sy pon xberani bela binatang yg dh termaktub haram utk kita membelanya kecuali polis utk tugas, berburu..maaf klu ada yg tersilap

    • Sue

      Yg haram tetap haram. Nak bela x salah, yg salah ialah memegang, memeluk dan mencium anjing. Dah sah2 dlm islam menyatakan bahawa anjing dan babi serta keturunannya adalah haram disentuh, apatah lagi d makan, klu tersentuh terpaksa samak…. Maka sebagai seorg muslim yg waras….fikir2kanlah nasihat dr yg seagama.

    • Observer

      Ye betul apa yg awak cakap tu…

  2. Khairulhisham

    Klu dh bodoh jangan la sombong

  3. Joe muo

    Kamu ni dulu tak ada belajar ke yg anjing dan babi tu haram? Banyak lagi binatang lain yg boleh dibela.Megah pulak tu

Leave a Reply