Terkini, satu posting dikemaskini ibu kepada Adik Ammar memaklumkan bahawa anaknya sudah kembali ke rahmatullah jam 5.05 petang tadi.
Adik Ammar sebelum ini disahkan menghidapi Maglinant Rabdhoid Tumor dan doktor ketika itu memberitahu Ammar mempunyai satu lagi kanser iaitu tumor otak setelah melakukan ujian CT Scan.
Puan Fakhira Aqila sebelum ini memberitahu melalui posting miliknya dua kanser yang dihidapi oleh anak kesayangannya itu tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.
Lebih meluluhkan hati, tiada rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk merawat Ammar dan doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumah bersama keluarga.
Semoga Adik Ammar ditempatkan di syurga firdausi dan dikuatkan hati keluarganya.
Leave a Reply