Blog Berita Online

Hiburan

Anak ‘Kak Limah’ meninggal dunia dalam kereta

ANAK lelaki pelakon, Delimawati Ismail iaitu Zulfazli Jaafar ditemukan meninggal dunia dalam kereta, di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.

Delimawati ketika dihubungi berkata, menantunya memaklumkan anak lelakinya itu keluar berjumpa kawan.

“Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan. Apabila isterinya periksa, dia sudah meninggal dunia dalam kereta,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Delimawati tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya itu, sebaliknya hanya mengatakan anaknya mungkin tidur dalam kereta yang penghawa dingin dihidupkan.

Delimawati yang popular dengan watak Hantu Kak Limah berkata, jenazah anaknya dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Terdahulu, Delimawati berkongsi hantaran di Instagram berkenaan kematian anaknya.

“Allahuakbar. Berat sungguh dugaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggal.

“Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga.

“Ya Allah Kau lapangkan kuburnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyusul nanti,” katanya.

Leave a Reply