Viral

Anak maut di rumah pengasuh, ibu bapa ‘frontliners’ pasrah dikecam netizen

Beberapa hari lepas, media melaporkan mengenai seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 9, Putrajaya.

Selain itu, laporan media mengatakan bayi yang berusia empat bulan itu dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan demam dan selesema.

Terbaru, ibu kepada bayi tersebut Sofiarti Oktarina memuat naik posting di akaun Facebook dan menceritakan hal sebenar selepas menerima kecaman warganet yang mendakwa kononnya ibu bapa tidak ‘alert’ mengenai kesihatan anak.

Tunggu mama di syurga, Rauf

Menerusi posting itu, dia memperbetulkan maklumat yang tidak tepat dan menegaskan bahawa arwah anaknya tidak mengalami sebarang gejala demam dan selesema sewaktu dia menghantar ke rumah pengasuh.

Di samping itu, wanita tersebut juga mengakui dia telah memaafkan segala kecaman yang dilemparkan oleh netizen dan berlapang dada dengan segala ujian yang menimpa keluarga mereka.

“Kepada yang memberi ‘kecaman’ di media sosial, saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” tulisnya.

Tambahnya lagi, hubungan dia dan pengasuh masih baik dan tiada dendam di antara mereka berdua selain berdoa agar dapat ditemukan dengan anaknya di syurga kelak.

Ibu ayah petugas barisan hadapan

Jangan tokok tambah

Selain itu, rakan-rakan juga turut membuat posting yang menyatakan Sofiarti dan suaminya bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan tiada pilihan selain menghantar anak untuk dijaga pengasuh.

Segalanya yang berlaku pasti ada hikmah. Diharapkan kedua-dua mereka reda atas pemergian anak tersayang dan orang ramai perlu berhenti memberi kecaman kepada pasangan tersebut.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!