Blog Berita Online

Viral

Anak mengadu panas dalam kelas, bapa terus ‘angkut’ kipas pergi sekolah

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka, betul tak? Itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini.

Seorang wanita dikenali sebagai Ros Rahman berkongsi cerita anaknya tidak selesa berada di dalam kelas kerana cuaca yang panas sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu anaknya kurang fokus semasa sesi pembelajaran, suaminya terus membawa kipas ke bilik darjah.

Aksi suaminya tersebut dirakam menerusi satu video yang dikongsi oleh Ros di aplikasi TikTok miliknya @rosramlan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam RR (@rosramlan)

Mungkin perkara itu tidak pernah dibuat orang, sehingga pak ‘guard’ di sekolah pun terkejut melihat aksi lelaki berkenaan.

Apabila permintaan anak sudah dipenuhi, wanita itu memberi pesanan kepada anaknya agar tidak mengadu tentang suasana dalam kelas pada bapanya lagi.

Malah, dia sempat lagi berseloroh, manalah tahu takut jika suaminya membawa perkakas elektrik lain ke sekolah pula nanti.

“Please nak, lepas ni jangan ‘complain’ lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, netizen membanjiri dengan pelbagai reaksi di mana mereka bersetuju dengan tindakan bapa terbabit. Mana tidaknya, bapa mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anaknya, betul tak?

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dan menyifatkan tindakan itu tidak wajar atas alasan anaknya itu bersekolah di sekolah awam.

Sumber: TikTok @rosramlan

Leave a Reply