Blog Berita Online

Berita Utama

Anak tersayang meninggal kerana denggi, luahan ibu undang pilu

TAK dapat bayangkan betapa pilunya hati seorang ibu apabila anak tersayang pergi secara mengejut tanpa sempat meninggalkan sebarang pesan.

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita, Mahani Mahat yang kehilangan anak keduanya, Dhia Alisha Syaiful Azwal, 8, akibat denggi berdarah, pagi semalam.

Dhia Alisha menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 pagi ketika menerima rawatan di hospital.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Mahani meluahkan rasa pilunya atas pemergian Dhia Alisha dan mendoakan agar roh anak syurganya itu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang anak yang tidak banyak karenah dan ringan tulang.

Menurut Mahani, Allahyarham Dhia Alisha selalu menolongnya di rumah dan sentiasa mengalah dengan adiknya yang lebih kecil.

Selain Dhia Alisha, Mahani dan suaminya turut mempunyai dua lagi anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Selamat berehat Dhia Alisha. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah..

Leave a Reply