Berita Utama

Anggota PGA dipercayai diserang sindiket penyeludupan

Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih ‘menggila’ sehingga kes positif harian mencecah empat angka.

Sudah pasti petugas barisan hadapan mengalami kepenatan yang berganda memandangkan perlu kembali mengawal penularan ini daripada terus merebak.

Namun, siapa sangka, dalam kekalutan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik, ada di antara mereka ‘gugur’ ketika sedang bertugas.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Viral Perak, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan meninggal dunia.

Mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54, meninggal dunia dipercayai kerana terlampau penat selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital.

Namun begitu, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut pastinya mendukacitakan kerana seorang pentugas barisan hadapan telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan.

Berikutan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan mendoakan roh frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!