Berita Utama

Anggota tentera dihormati zaman PH, kata Mat Sabu

Dalam ceramahnya di PRK Dun Slim semalam, antara yang Mat Sabu sebut adalah anggota tentera sangat dihargai dan dihormati semasa PH jadi kerajaan.

Begitu juga dengan bekas-bekas anggota tentera…kebajikan mereka sangat dijaga oleh kerajaan PH.

Senang cakap…Abg Mat PAN nak bagi tau, masa PH memerintahlah tentera dan bekas tentera hidup sejahtera aman bahagia disanjung dan cukup segala.

Abg Mat PAN kalau bab kelentong memang luar biasa. Ilmu menipunya bukan calang-calang. Tak ada siapa boleh lawan.

Faktanya…

Anggota tentera dihina sebagai hanya tahu makan dan tidur dan sepatutnya mereka digunakan untuk mengganti pekerja asing diladang Felda.

Tak pernah berlaku dalam sejarah anggota tentera kita dihina sebegitu rupa dan ianya hanya berlaku semasa PH memerintah oleh seorang taikun Cina yang merupakan funder dan penyokong kuat DAP.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan untuk menjaga kebajikan anggota tentera yang masih berkhidmat dan juga yang telah bersara.

Dibawah LTAT diwujudkan pula beberapa buah syarikat skala besar yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dan pelaburan. Hasil keuntungan syarikat ini kemudiannya diagihkan kepada anggota dan bekas anggota tentera dalam bentuk dividen yang tinggi.

Tapi zaman PH satu-satu harta LTAT dijual oleh PH. Termasuklah Hotel Royale Chulan yang dijual murah-murah kepada syarikat Singapura.

Perniagaan syarikat-syarikat milik LTAT banyak yang rugi besar dan nilai saham-sahamnya meroket jatuh.

Itu sebabnya dibawah PH…LTAT hanya mampu bagi dividen 2018 hanya 2% dan dividen 2019 pula hanya 2.5%

Zaman BN dividen tahun 2015, 12%. Dividen 2016, 12% dan dividen 2017, 12.5%.

Bayangkan berapa banyak susut nilai dividen dan bonus yang diterima anggota dan bekas anggota tentera dizaman PH.

Tapi Abg Mat PAN masih dengan sembang kari dan kelentongnya. Konon anggota tentera banyak dapat faedah dan kebaikan semasa PH memerintah.

Kadang-kadang saya rasa pelik juga. Walaupun sudah ditipu hidup-hidup dari sebelum PRU14 hinggalah sampai mereka jadi kerajaan 22 bulan. Masih ada juga lagi yang melopong mahu percaya dengan putar belit dan penipuan pemimpin-pemimpin PH.

Sebab apa?

Sebab dah ketagih kena kelentong ke?

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!