Berita Utama

Angkara pembakaran jerami padi, kanak-kanak maut penunggang motosikal cedera

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas motosikal ditunggang bapanya bersama ibu dan adiknya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Taib 2 di sini hari ini.

Difahamkan, lori tiga tan berkenaan sedang berhenti di tepi jalan kerana asap tebal akibat pembakaran jerami padi.

Kanak-kanak tersebut dipercayai pembonceng yang duduk di raga motosikal.

Dalam kejadian itu, bapanya mengalami kecederaan parah, manakala ibu serta adiknya yang berusia satu bulan pula cedera ringan.

Mangsa yang maut dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.

Bapa kanak-kanak itu turut dirawat di hospital sama dan ibu serta adik mangsa pula dirawat di klinik kesihatan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply