Berita Utama

Pelakon veteren, Datuk Baharuddin Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Shah Alam sekitar pukul 6.30 petang Sabtu.

Berita duka pemergian aktor yang pernah menempah kemasyhuran menerusi watak Anjang Aki dalam drama bersiri terbitan RTM dan filem Irisan Irisan Hati itu disahkan oleh isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar.

Allahyarham yang berusia 85 tahun meninggal dunia bukan disebabkan oleh pandemik COVID-19, sebaliknya, kerana penyakit pembuluh darah bengkak.

Menurut Nazariah, arwah suaminya meninggal dunia bukan disebabkan pandemik COVID-19, sebaliknya kerana menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.

Allahyarham Baharuddin meninggal dunia di sisi Nazariah dan dua anak mereka.

“Arwah baru selesai makan dan kemudiannya, masuk ke bilik untuk berehat. Saya pula ke dapur, namun saya mendapati arwah sesak nafas sebaik meninjau keadaannya dalam bilik. Selepas itu, arwah langsung tidak sedarkan diri,” katanya seperti dilaporkan portal BH Online.

Allahyarham Baharuddin meninggalkan tujuh cahaya mata dan dua anak tiri.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Sungai Tua, Batu Caves, Selangor.

Sementara itu, Allahyarham Baharuddin juga baru-baru ini diwawancara oleh personaliti terkenal, Datuk Aznil Nawawi dalam program Yang Dulu Pergi terbitan Astro.

Yang Dulu Pergi merupakan program yang menzahirkan penghargaan kepada karyawan seni veteran.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!