Viral

Apa motif zombi komunis rai Hari Merdeka?

Bulan lalu, kecoh apabila beberapa aktivis DAP Melayu dengan angkuh cuba mendesak pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk segera mengiktiraf pengganas ateis komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Namun kali ini, kerajaan Pulau Pinang yang jelas diketahui ramai memang didominasi oleh DAP pula bertindak lebih biadab ‘izin’ sekumpulan zombi berpakaian komunis berarak ceria pada sambutan Hari Kebangsaan semalam.

Gambar-gambar dan rakaman video amatur memaparkan kumpulan terbabit malah tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan yang turut kutuk keras usaha kerajaan PH negeri tersebut cuba mengagungkan imej komunis.

Sejumlah 20 ekor zombi tersebut megah ‘berkeliaran’ di sekitar kawasan perarakan kemerdekaan itu termasuk melintasi Bangunan Dewan Bandaraya Pulau Pinang yang bersebelahan dengan Padang Kota Lama di George Town.

Beberapa netizen pro-PH bagaimanapun mendakwa kononnya aksi pelik zombi yang tidak dijangka pelbagai pihak itu dikatakan sebagai mengikut trend pergerakan blind street atau buta jalanan dan juga cukup popular di Barat.

Secara kebetulan perarakan aneh itu dibuat bersempena Festival George Town dari 4 Ogos sehingga 2 September ini bagi rai pengisytiharan status ibu kota bandar raya Pulau Pinang itu sebagai antara tapak warisan dunia UNESCO.

Namun, jika diamati dan dihayati maksud tersirat acara tersebut, ia seumpama menggambarkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan tiba-tiba bangkit semula daripada ‘kubur’ selepas 61 tahun merdeka.

Ini berdasarkan gaya pakaian seolah-olah simbolik uniform PKM zaman darurat dan hampir semua peserta zombi itu adalah Cina, kaum yang dikaitkan dengan gerakan pemberontakan gerila dan mahu wujudkan negara republik.

Malangnya rakyat Malaysia terutama penyokong kerajaan PH pula tidak nampak erti tersembunyi di sebalik aksi perarakan ‘bodoh’ itu dengan menyifatkan ia sekadar hiburan jalanan semata-mata. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...

Leave a Reply