Viral

Hampir tertipu, badan punya la sado rupanya perempuan tulen!

Sukan Asia 2018 di Palembang, Indonesia baru sahaja berakhir minggu lalu. Banyak kisah suka dan duka dicatat sepanjang kejohanan kedua tersebar di dunia itu.

Selepas menempuh pelbagai cabaran dan halangan, Malaysia berjaya meraih 7 pingat emas, 13 perak, dan 16 gangsa.

Namun begitu, ada satu sukan berjaya menarik perhatian orang ramai iaitu sukan bola tampar wanita.

Ini kerana, salah seorang daripada atlet Indonesia mempunyai wajah dan susuk tubuh seperti seorang lelaki.

Malah, ada yang mengatakan rupanya lebih kacak daripada lelaki tulen!

Wahh sado betul dia ni. Atlet yang dikenali sebagai Aprilia Santini Manganang ini baru sahaja berusia 26 tahun. Memang buat ramai keliru!

Rata-rata netizen juga turut terkejut dengan perkara ini. Malah ada yang bertanya dua kali bagi mendapatkan kepastian.

Alahai kelakar betul komen-komen netizen ni. Semoga Aprilia terus sukses sebagai atlet dalam sukan bola tampar wanita ya!

Loading...

Leave a Reply