Astro menerusi Facebook rasminya menyatakan mereka kini sedang menghadapi masalah teknikal yang mana beberapa pengguna tidak dapat mengakses saluran televisyen. Ini termasuk juga dengan pelanggan njoi.
Dalam kenyataan itu juga, Astro menasihatkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Astro Go buat masa sekarang sekiranya saluran tersebut ditawarkan dalam aplikasi itu.
Kami juga telah menyemak bahawa saluran-saluran utama seperti TV 1, TV3 tidak dapat ditonton. Oleh itu, bagi pengguna Astro diharapkan bersabar kerana pihak mereka sedang dalam proses membaik pulih.
Sumber: Astro
Leave a Reply