Blog Berita Online

Viral

Isteri menyusul anak syurga selepas 21 hari bertarung nyawa akibat Covid-19

Pilu hati seorang lelaki apabila kehilangan isteri dan bayi sekelip mata selepas dijangkiti Covid-19.

Bagi Zulfakhar, kini yang tinggal hanyalah baju-baju bayi sebagai kenangan buatnya.

Menurut sumber, isteri Zulfakhar, Wan Nur Atikah yang ketika itu sarat hamil telah disahkan menghidap Covid-19.

Bagaimanapun, keadaannya mula merosot sehingga doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi di dalam kandungan malangnya bayi itu tidak dapat diselamatkan.

Wan Nur Atikah pula terpaksa ditidurkan sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir, semalam.

Menurut Zulfakhar, arwah isterinya sempat melihat baju bayi yang dibeli ketika melakukan panggilan video sebelum ditidurkan dan ia menjadi video terakhir mereka.

Semoga roh Wan Nur Atikah dan bayinya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Buat Zulfakhar, semoga tabah dan sabar dengan ujian ini.

Leave a Reply