Blog Berita Online

Berita Utama

Azam tahun baharu tidak kesampaian, suami maut tinggalkan anak-anak kecil

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Sabak, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Mohd Arif Ismail, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat di Jalan Panji menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menunggang dari arah simpang empat Sabak ke arah Pantai Dasar.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar tiang TM,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri arwah yang dikenali sebagai Eyna Noraina meluahkan rasa sedih dengan pemergian suami tersayang secara tiba-tiba.

“Saya tak sangka akan kehilangan awak. Maafkan saya. Semoga Allah tempatkan awak bersamaorang-orang yang beriman. Ya Allah kuatlah semangatku. Semoga kita berjumpa di syurga abadi,” tulisnya di Facebook.

Malah, azam bapa kepada dua anak ini untuk mengubah nasih keluarganya juga tidak kesampaian.

Leave a Reply