Blog Berita Online

Berita Utama

‘B40 paling pemalas’ – Kenyataan DMA Islam undang kemarahan ramai

Pempengaruh media sosial, Danial Mirza Arizan atau lebih dikenali sebagai DMA Islam, mencetuskan kontroversi susulan kenyataannya yang menggelar golongan B40 sebagai paling malas di Malaysia.

Ketika menjawab soalan pengikutnya di TikTok yang bertanya mengapa golongan B40 sering memberi tumpuan kepada isu politik, DMA Islam berkata:

“Kenapa golongan B40 suka hal politik bang? Sebab B40 ni golongan pemalas. Golongan mana paling malas kat Malaysia? B40,” katanya.

DMA mendakwa mereka yang berada dalam kelompok berpendapatan rendah tidak fokus kepada usaha mencari pendapatan, sebaliknya terlalu banyak mengadu, bergaduh tentang isu politik dan sibuk memperkatakan hal selebriti.

Leave a Reply