Blog Berita Online

Berita Utama

Banduan guna botol budu liwat rakan satu sel

KOTA BHARU – Seorang banduan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memasukkan botol budu ke dalam dubur banduan lain dalam kejadian di Penjara Pengkalan Chepa dekat sini pada Disember lalu.

Tertuduh, Mohd Nor Ashmadian Satar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seksual kepada seorang lelaki berusia 32 tahun dengan memasukkan botol plastik ke dalam dubur tanpa kerelaan mangsa ketika mereka sebuah bilik di Penjara Pengkalan Chepa, jam 5 petang pada 30 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara.

Mahkamah menetapkan 23 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Leave a Reply