Berita Utama

Bank Dunia cadang had umur pengeluaran KWSP dinaikkan kepada 65 tahun

Bank Dunia mencadangkan umur pengeluaran minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditingkatkan secara beransur-ansur ke 65 tahun.

Ahli Ekonomi Bank Dunia, Amanina Abdur Rahman berkata, langkah itu dilihat mampu memastikan simpanan boleh bertahan untuk jangkamasa yang lebih lama.

“Antara langkah yang boleh dipertimbangkan adalah untuk menjadikan semua caruman KWSP kepada simpanan persaraan, memberi mandat kepada pengeluaran secara berperingkat dan memeriksa dengan teliti insuran untuk kepanjangan usia dan pengeluaran secara tahunan,” katanya.

Katanya, peningkatan had umur itu juga boleh dilaksana dalm tempoh 20 tahun proses peralihan.

Untuk menambah liputan KWSP, Bank Dunia mencadangkan agar pendaftaran pekerja sebagai pencarum dijadikan syarat bagi pendaftaran syarikat atau penerimaan kontrak kerajaan.

Langkah itu akan memastikan mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal atau ekonomi ‘gig’ mempunyai simpanan untuk masa tua mereka.

Ketika ini, bilangan pencarum simpanan persaraan juga masih rendah terutama dalam kalangan kumpulan B40 dan wanita.

Loading...

Leave a Reply