Blog Berita Online

Berita Utama

Bantuan tak sampai, ada rakyat Sabah terpaksa makan siput babi dan daun

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah menyebabkan ramai dalam kalangan penduduknya tidak bekerja dan terputus bekalan makanan.

Kesukaran yang dialami ini mereka ini menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa makan siput babi, daun dan bayi diberikan air gula.

Oleh itu, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memohon jasa baik syarikat-syarikat swasta, perseorangan dan mana-mana indidividu untuk memberi sumbangan ke tabung Bantuan Keperluan Asas Covid-19 untuk fakir miskin ini bagi membolehkan mereka menikmati sesuap nasi bagi mengisi perut yang lapar dan bayi yang kecil boleh diberikan susu.

Arifin Manan, Ketua Pemuda Isma berkata, bagi sebahagian daripada warga tempatan, mereka sukar menerima bantuan kerajaan kerana masalah logistik.

Manakala enduduk tanpa negara di Sabah kebanyakannya bekerja sebagai buruh harian, pekerja kedai, petani dan nelayan yang rata-ratanya tidak layak untuk menerima bantuan keperluan asas daripada kerajaan sejak PKP Mac lalu.

Menurutnya, Pemuda Isma melalui Projek Relawan Muda telah memberikan Bantuan Keperluan Asas Covid-19 yang mensasarkan fakir miskin, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah.


Bantuan ini meliputi daerah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna yang melibatkan 350 buah keluarga dan hampir dua ribu orang fakir miskin yang majoritinya penduduk tetap, pemegang pas IMM13, pendatang asing, penduduk tanpa negara dan warga tempatan.

Sehingga 25 Oktober 2020, Relawan Muda telah memberi sumbangan di Kampung Bakau Batu 3, Kampung Sundang, Kampung Bakau (Batu Sapi), Perumahan Setinggan Taman Mutiara, Perumahan Setinggan Batu 2 di Sandakan.

Manakala di Kota Kinabalu pula adalah Kampung Selambangun, Kampung Sabang, setinggan di Kampung Kolam Pulau Gaya , Rumah Sewa Segama dan Sinsuran. Manakala di Semporna adalah Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum, Pulau Luamanggas, Kampung Sri Aman Darat, kampung Sri Aman Laut dan banyak lagi.

Sumbangan berupa wang ringgit boleh disalurkan melalui akaun Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu (Maybank : 560214058721), rujukan: Sumbangan Covid-19 atau menghubungi Dr. Sobri di talian +60 17-212 1931.

Selain itu juga bagi mereka yang berminat mahu menyumbang susu tepung untuk bayi bawah setahun juga dialu-alukan.

Menurut Arifin, fasa bantuan seterusnya yang turut mendapat kerjasama daripada Semporna Prihatin dan Yayasan Maghfirah akan mensasarkan 300 buah keluarga di kawasan berbeza pula dengan anggaran perbelanjaan RM30,000. – MalaysiaGazette

Leave a Reply