KUALA LUMPUR – “Terima kasih Allah untuk 87 tahun ini,”.
Demikian tulis pelakon, Abby Abadi saat berkongsi berita duka pemergian bapanya, Abdul Manan, yang digambarkan Abby sebagai ayah yang sudah menjalankan tanggungjawab buat anak-anaknya.
Dalam hantarannya di Instagram, Abby berkongsi mengenai sikap terpuji Allahyarham Abdul Manan semasa hayatnya.
“Saya bersaksi bahawa ayah ini menjaga saya dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada anak-anaknya.
“Banyak sifat baik ayah, tapi yang dapat dekat kepada saya adalah, ayah suka bersedekah. Walaupun tak banyak mana, tapi, ayah suka berbelanja untuk memberi kepada orang lain.
“Memang ada yang kurang sebab ayah anak ramai. Tapi, untuk bahagian saya, saya rasa cukup. Terima kasih ayah. Sungguh, adik rindu,” tulisnya.
Jenazah ayahnya disempurnakan di Masjid Assobirin AU5C dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 petang tadi.
Hantaran itu turut disertakan dengan video rangkuman kenangan Abby bersama bapanya, ketika terlantar dan dirawat di hospital.
Terdahulu, Abby kehilangan ibunya, Allahyarham Hasnah Meksom yang meninggal dunia pada 27 Oktober 2022.
View this post on Instagram
Leave a Reply