Hiburan

Bapa Ieda Moin meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Ieda Moin akur dengan ketentuan Ilahi apabila Papa tersayang kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 7.22 pagi tadi.

Allahyarham Abd Moin Abdul Ghani, 68, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti jangkitan dalam darah dan paru-paru, masalah jantung serta kegagalan buah pinggang.

Jenazah disemadikan Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah, Taman Batu Muda, dekat sini.

Ieda memberitahu, arwah bapanya dimasukkan ke hospital selepas mengadu demam panas dan sesak nafas, Jumaat lalu.

“Dari Institut Jantung Negara (IJN), arwah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pagi tadi, arwah abah pergi buat selama-lamanya. Ternyata Allah lebih sayangkannya… Kami sekeluarga reda,” katanya.

Ieda atau nama penuh, Siti Haida Abd Moin berkata, bapanya meninggalkan seorang balu, lapan anak dan sembilan cucu.

“Saya sudah tidak dapat menyakat Papa. Dalam kalangan adik-beradik, saya paling manja dengan arwah Papa.

“Malah, saya anak yang paling susah untuk diasuh. Tapi kami ‘sekepala’. Papa kalau mengenai makan dan kesihatan, tak akan dengar cakap anak-anak lain.

“Hanya saya yang boleh kawal gelagatnya. Sesekali saya ‘garang’, Papa terus dengar kata. Saya jugalah yang dicari kalau keluarga mahu bawa arwah ke hospital,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!