Berita Utama

Bapa Khabib meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Bapa serta jurulatih kepada atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov meninggal dunia di Moscow hari ini dipercayai akibat komplikasi berpunca dari wabak Covid-19, memetik laporan portal antarabangsa RT News.

Abdulmanap, 57 dilaporkan terkena serangan jantung selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19, yang memerlukan beliau melakukan pembedahan bypass dan kemudian didapati koma.

Berdasarkan laporan doktor, keadaan jurulatih terkenal MMA itu pada awalnya didapati serius tetapi stabil namun beliau tidak dapat bertahan ekoran jangkitan wabak tersebut.

Untuk rekod, Khabib telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang ahli gusti veteran sepanjang kariernya.

Dilaporkan juga, Abdulmanap telah menukarkan sebahagian kediamannya kepada tempat gimnasium di mana Khabib belajar untuk bergusti sebelum membuat debut pertamanya di gelanggang.

Menerusi kejayaan Khabib, beliau diangkat sebagai jurulatih terkenal di negaranya dan meraih gelaran “Bapa MMA Dagestan”.

Loading...

Leave a Reply