Blog Berita Online

Berita Utama

Bapa leka main telefon, tak sedar anak lemas dalam sungai

Tidak dapat dinafikan, kes kematian melibatkan kanak-kanak berpunca dari kecuaian ibu bapa sendiri. Ini kerana, ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehingga membuatkan mereka terlupa untuk mengawasi anak-anak.

Baru-baru ini, tular di media sosial video penemuan mayat seorang bayi lelaki yang hanyut di dalam sungai di Makassar, Jakarta Timur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuni Rusmini (@yuni.rusmini.58)

Menurut sumber, mangsa sebelum itu berada di rumah di bawah penjagaan bapanya, sementara ibunya keluar bekerja.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah ketika bapanya sedang leka bermain telefon bimbit di dalam bilik.

Tidak beberapa lama kemudian, mayat mangsa ditemui sedang hanyut di dalam sungai.

Salah seorang penduduk kampung cuba menyelamatkan bayi berkenaan malangnya mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Kejadian itu mengundang kemarahan netizen selepas mereka mengetahui punca kejadian disebabkan kecuaian bapa yang ralit dengan telefon bimbit.

“Sayang handphone lebih daripada anak. Handphone dibelai-belai, anak dibiarkan. Nampak sangat bapaknya tak sayang dengan anak,” kata netizen.

Leave a Reply