Berita Utama

Bapa Ustaz Haslin Baharim meninggal dunia

Bapa kepada penceramah bebas terkenal, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Ustaz Haslin hari ini.

“Assalamualaikum semua. Ingin dimaklumkan bahawa abah kepada Ustaz Haslin Baharim iaitu Baharim Hashim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 2.30 pagi.

“Mohon doakan abah UHB ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan beramal soleh serta diampunkan dosa oleh Allah SWT,” katanya.

Difahamkan jenazah arwah akan disembahyang dan dikebumikan pukul 10 pagi ini.

Sementara itu, rata-rata pengikut Ustaz Haslin meninggalkan ucapan takziah di atas kehilangan insan tersayang hari ini.

Mereka berharap agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Loading...

1 Comment

  1. Dr.Haji.

    Al-Fatihah

Leave a Reply

error: Content is protected !!