Hiburan

Bebas Covid-19 lepas 10 hari kuarantin, Hafiz Mahamad rindu bau anak & isteri

Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) baru bermula, usahawan dan juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad telah memuat naik berita kurang gembira di media sosial apabila mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Berikutan itu, beliau telah menjalani kuarantin kendiri di rumah memandangkan tiada sebarang simptom yang berlaku kepada dirinya.

Niat asal ingin berehat dalam tempoh PKP ini bersama isteri dan anak tidak kesampaian apabila dirinya disahkan menjadi mangsa virus tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Selepas 10 hari berkurung di dalam bilik di tingkat bawah rumahnya, Hafiz telah disahkan negatif wabak itu dan kembali bertemu keluarganya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Hafiz memaklumkan yang beliau tidak sabar dan sangat merindui ‘bau’ isteri dan anak kecilnya yang sudah 10 hari tidak bertemu secara dekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dalam posting tersebut, usahawan muda itu turut mengakui mempelajari banyak perkara penting sepanjang kuarantinnya dan sempat mengucapkan terima kasih kepada isteri yang bersusah payah menjaganya.

Selain itu, Hafiz turut berterima kasih kepada semua sahabat, keluarga dan pengikutnya di media sosial yang tak henti-henti mendoakan kesihatannya selama ini.

Sementara itu, rata-rata netizen turut meninggalkan ucapan kesyukuran diatas keputusan negatif berkenaan ujian saringan kali kedua Covid-19 yang dijalankan keatasnya.

Mereka juga berdoa agar Hafiz dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan terhindar daripada wabak maut itu lagi.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!