Berita Utama

Bekas CEO MAS antara mangsa insiden helikopter di Ampang?

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, dipercayai antara mangsa insiden kemalangan yang membabitkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Ampang, Selangor pagi tadi.

Bagaimanapun Ahmad Jauhari dipercayai terselamat. Setakat ini dua orang yang dilaporkan meninggal ialah Mohd Sabri Baharum, dan Mohd Irfan Rawi.

Kami belum dapat mengesahkan status Ahmad Jauhari.

Ahmad Jauhari Yahya merupakann bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS yahg berhadapan dua krisis terbesar pada 2014 dan 2015 iaitu tragedi, MH370 dan MH17.

Dua maut helikopter bertembung di Taman Melawati

Dua daripada empat individu dalam sebuah helikopter yang terhempas berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati, pagi tadi, disahkan maut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, mengesahkan mereka yang maut dalam nahas udara kira-kira jam 11 pagi itu adalah dua lelaki.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 11.46 pagi.

“Kemalangan membabitkan dua helikopter bertembung dan terhempas. Dua mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh petugas St John Ambulans Malaysia.

“Dua lagi mangsa terselamat, terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!