Blog Berita Online

Hiburan

Bekas kekasih Sajat, Coach Yin selamat bernikah dengan wanita pilihan hati

Bekas kekasih usahawan kosmetik yang kini dalam buruan pihak polis, Nur Sajat, iaitu Coach Yin selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dalam sebuah majlis berlangsung di Kota Bharu, semalam.

Menerusi laman Instagram, jurulatih kesihatan itu berkongsi semula posting daripada isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin memaparkan mereka berdua diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coachyin (@coach_yin)

Tampil dengan busana sedondon berwarna putih, siapa sangka kisah mereka yang mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Posting tersebut dihujani komen netizen yang mana rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Selain itu, ada juga segelintir individu bersyukur apabila lelaki berusia 28 tahun itu sempat ‘kembali ke pangkal jalan’ dan menamatkan zaman bujang dengan wanita tulen.

Terdahulu pada 2018, Coach Yin dan Sajat menjadi perhatian netizen apabila sering menimbulkan pelbagai kontroversi dan gimik dalam menjalani hubungan songsang sepanjang tempoh berkenaan.

Leave a Reply