Viral

Bermula dari kanopi kecil, kini Mat Yie pemilik bengkel terkenal di Kuantan

Ini adalah sebuah kisah inspirasi anak muda yang boleh dijadikan tauladan kepada anda semua terutamanya yang baru menceburi bidang perniagaan.

Perjalanan seorang anak muda yang hanya sempat bersekolah di Tingkatan 1, tapi kini beliau adalah pemilik bengkel tersohor di Kuantan.

Mohd Shukri Osman atau lebih dikenali sebagai Mat Yie adalah seorang yang mempunyai semangat untuk berjaya walaupun beliau tidak bernasib baik pada zaman remajanya.


Walaupun hanya menamatkan pelajaran pada Tingkatan 1, namun dengan minat dan semangat yang ada beliau tidak berputus asa untuk terus memajukan diri sendiri.

Bermula dengan berkerja sebagai mekanik di sebuah bengkel lori, Mat Yie akhirnya membuka bengkel kereta pertamanya pada tahun 2005 hanya berbumbungkan kanopi kecil.

Pada tahun 2008, nasibnya sedikit baik dapat menumpang bengkel kawan.

Tetapi kini, hasil dari semangat kental dan usaha tanpa jemu, beliau mampu tersenyum dengan pencapaian bengkel yang dimiliki sekarang. Bengkel Kelspeed Your One Stop Services & Bodyworks Centre ini terletak di Kuantan Pahang.

Bengkel yang hampir sempurna ini menawarkan konsep pusat servis pelbagai perkhidmatan ‘one stop centre workshop‘. Kepakaran yang mereka sediakan adalah seperti servis dan baik pulih semua jenis kenderaan tempatan, asia dan import, cat dan bodyworks, dyno test dan juga performance car specialist.

Harga yang dikenakan juga adalah berpatutan.

Bengkel beliau sekarang difahamkan sedang dalam proses ubahsuai demi keselesaan pelanggan serta hasrat beliau untuk membantu membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mungkin kurang bernasib baik sepertinya dulu.

Bengkel beliau terletak di tepi jalan utama Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi, 25150 Kuantan, Pahang.

Loading...

Leave a Reply