Berita Utama

Biadab jadikan ibadah sebagai bahan persenda politik

PAS menyelar sikap pihak-pihak tertentu yang mempersenda ibadah anggota Jabatan Amal Malaysia (Jabatan Amal) parti itu yang dijadikan sebagai bahan gurauan atau hasut maya (troll) politik.

Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata solat mesti dilaksanakan setelah memenuhi syarat dan rukunnya walaupun di mana saja.

“Paling penting adalah menjaga solat.

“Amat biadab jika ibadah solat yang diwajibkan dan diharuskan dalam keadaan tertentu dijadikan bahan gurauan atau troll politik oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.

Tulisan anggota Parlimen Kubang Kerian itu dibuat dengan merujuk kepada ejekan pihak pembangkang terhadap gambar yang mempamerkan anggota Jabatan Amal mengerjakan solat berjemaah di kawasan air terjun serta berbatuan di Yan, Kedah.

Mereka adalah sebahagian daripada sukarelawan yang terbabit membantu kerja-kerja pemulihan kawasan dilanda kepala air di kaki Gunung Jerai baru-baru ini.

Terdahulu, gambar tersebut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyambut baik perkara itu.

Namun ada segelintir penyokong pembangkang mendakwa solat berjemaah itu dibuat dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan.

Malah mereka mempersoalkan sama ada di lokasi tersebut tidak mempunyai tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan tempat beribadah.

Hantaran dibuat Tuan Ibrahim itu juga disertakan dengan sekeping gambar dari sudut pandang lain yang menunjukkan anggota Jabatan Amal sedang solat di kawasan lereng tanah tinggi berbatu.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!