Berita Utama

Bidas Al Jazeera, netizen kagum ketegasan Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mengecam tindakan media antarabangsa dari Qatar, Al Jazeera yang menerbitkan video dokumentari yang salah mengenai layanan Malaysia ke atas pendatang tanpa izin (PATI).

Kecaman disuarakan melalui ruangan komen di YouTube rasmi Al Jazeera dan laman Facebook 101 East – Al Jazeera.

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan di sidang media harian COVID-19 di Putrajaya membidas penerbitan video Al Jazeera yang dilihat tidak tepat dan tersasar dari kebenaran asal.

Teguran Ismail Sabri terhadap Al Jazeera disambut baik netizen yang menyifatkan Menteri Kanan itu cukup tegas dan berani membidas rencana palsu berkaitan Malaysia.

Melalui di ruangan komen di laman Facebook Harian Metro, seorang pemilik akaun bernama Shaharul Azhar menyifatkan Menteri Kanan Pertahanan itu sebagai wira yang sentiasa berada di hadapan rakyat dalam apa jua isu berkaitan negara.

“Pak Mail (Ismail Sabri) ini WIRA. Tiap kali isu dia mesti di depan kita, lindung kita.. Mana mau cari macam ni..PH takde..” – Shaharul Azhar.

Netizen lain turut menyokong Ismail dan mengecam tindakan Al Jazeera itu yang jelas melanggar etika kewartawanan sebenar.

“Yups betul aku setuju dengan Pak Menteri. Al Jazeera patut minta maaf. Sokong Ismail Sabri, tabik!” – Qmarli Qmara

“Aku sokong dengan statement ni! Long life Pak Long Mail!!” – Aisyah Padil R.

“Kami dibelakangmu Pak Long, takpayah takut dengan Al Jazeera tu. Media pengecut,” – Joe Kirby Sepang

“Tegas, padat, yakin, kriteria ada pada Pak Long Mail..tahniah!” – Mazlan Adi

Komen-komen yang menyokong tindakan Ismail juga boleh dibaca di ruangan komen portal berita Siakap Keli, Sinar Harian dan Bernama.

Terdahulu, sebuah dokumentari disiarkan Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani wabak COVID-19.- Buletin Asia.

Loading...

Leave a Reply