Blog Berita Online

Berita Utama

BMF cadang tukar logo halal Malaysia kepada tiga warna

Sebuah kempen sedang dijalankan menerusi kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) yang mahu supaya kerajaan terutama agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menukar logo Halal kepada tiga jenis warna iaitu hijau, jingga dan ungu.

Menerusi kempen tersebut, warna hijau dicadangkan untuk perusahaan yang dimiliki 100 peratus oleh Muslim, jingga untuk perusahaan milikan bersama Muslim dan bukan Muslim, sementara ungu untuk perusahaan milikan penuh bukan Muslim.

Memetik kenyataan BMF Media TV di Facebook, kempen tersebut dibuat atas faktor-faktor berikut:


“Kita tidak mahu orang Islam keliru akan produk muslim itu sendiri. Sebab sekarang ini sangat ramai TAIKUN bukan islam menggunakan LOGO HALAL bagi mengelirukan pengguna muslim itu sendiri.

“Terbaru salah satu Payment gateway yang menggunkan nama Muslim semata-mata untuk menarik peniaga online menggunakan Payment Gateway mereka. Kami akan dedakan perkara ini dalam masa terdekat,” tulis kenyataan tersebut.

Kempen mahu menukar logo halal sedia ada ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong kempen ini dengan mencadangkan penambahbaikan terhadap logo halal yang diuar-uarkan dan ada juga yang mempersoalkan keperluannya sedangkan logo Halal kini adalah logo yang diiktiraf di seluruh dunia.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Goh Tian Chuan mengatakan cadangan mengkategorikan ‘tahap halal’ akan merosakkan imej Malaysia sebagai hab halal, malahan menjadikan Malaysia satu bahan gurauan di dunia.

“Hakikatnya, persijilan halal adalah perakuan ke atas satu-satu produk dan bukannya ke atas perusahaan yang mengeluarkan produk itu.

“Justeru, menggunakan tiga warna untuk mengkategorikan latar belakang perusahaan adalah tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Sinchew Daily.

Beliau berharap kerajaan dapat mengambil berat dan menyekat kempen mengkategorikan lambang halal itu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Tambahnya, lambang dan warna lambang halal sedia ada telah diterima dan diperakui orang tidak kira di dalam atau luar negara dan tidak perlu menokok tambah sehingga menimbulkan kekeliruan dan perdebatan.

Apa pandangan anda terhadap kempen ini? Adakah wajar dikategorikan kepada tiga warna?

4 Comments

  1. Afiq

    Buat apa nk 3 warna…x setuju lnsong…buat keliru org ja

  2. YUNUS BIN GUDABAS

    Kurang setuju sebab:
    1. Susah dilaksanakan terutamanya bagi paking @ bungkusan hanya hitam putih.
    2. Saya cadangkan mcm ini :
    a) untuk produk muslim, mesti ada perkataan PRUDUK MUSLIM. Itu saja. dari sini pengguna akan tau bahawa produk ini produk muslim atau tidak.

  3. Kamsiah

    Pertama sekali, saya tertanya-tanya apakah status kartel Daging Malaysia yang dikatakan menjual daging halal palsu kepada umat Islam di Malaysia selama 40 tahun?

    Tidakkah kumpulan BMF mempunyai mahu mengetahui didalam isu kartel ini ke akar umbi ? Atau cuma seronok untuk memperoleh nilai eksport tahunan Malaysia sebanyak RM35.4 bilion untuk produk halal, yang menyumbang kira-kira 5.1% daripada jumlah eksport untuk negara ini?

    Selama bertahun-tahun, saya salah seorang yang menganggap bahawa status halal Malaysia mantap dari segi bahan, pembungkusan dan restoran mempunyai ‘standard emas’ dalam perniagaan halal.

    Selepas kejadian kartel itu, dan sehingga kini cuma ikan bilis yang ditangkap , kita terus tidak mengetahui kebenaran ke atas apa yang telah berlaku dan kedudukan pengeksport daging halal yang diragui.

    BFM sekali lagi cuba mengelirukan perkataan halal itu kepada 3 . Tidak ada halal setengah , sepertiga atau suku . Tiada halal biru, merah , kuning atau hijau. Mereka cuba men”rasiskan” Logo Halal .

    Mereka mereka ini tidak dapat berfikir untuk membuat produk yang baik untuk bersaing dipasaran tempatan atau global tetapi disebaliknya menemui sesuatu yang tidak masuk akal untuk menghasilkan warna Logo seperti ini.

    Operasi kartel telah bermula di rumah sembelih di mana pegawai agensi kerajaan mengawasi standard halal. Pegawai akan memperakui produk daging.
    Daging yang telah melalui piawaian akan memasuki Malaysia melalui pelabuhan.

    Daging yang tidak dipiawaikan sering menghindari pemeriksaan, diangkut ke gudang di mana ia dicampur dengan daging yang telah disahkan halal dan dicampur dengan yang telah dipiawaikan dengan logo ‘halal’.

    Mereka mereka yang mendapat AP sepertimana industri kereta menjadi tamak dan mungkin mengeluarkan logo mereka sendiri untuk keperluan ini.

    Berbalik kepada isu BMF ini, benarlah kata seorang ahli falsafah kurun ke 18 yang bernama Abdul. Beliau berkata berkata “Bila saya pergi ke Barat saya melihat Islam, tetapi tiada ada orang Islam; bila saya kembali ke Timur dan melihat orang Islam, tetapi mereka bukan Islam !

    Inilah yang saya rasakan dengan kumpulan BMF. Saya rasa sikap mereka tidak dapat menyatukan rakyat Malaysia. Mereka ini Melayu Islam tetapi perbuatan mereka untuk mengkategorikan makanan Halal mengikut ideologi mereka tidak mengambarkan amalan atau perbuatan yang menunjukkan cici ciri Isalam yang baik.

    Saya memahami sepenuhnya bahawa semua ini adalah mainan politik . Semua 8gama dan bangsa ada politik mereka sendiri.

    Namun, pada ketika ini, umat Melayu dan Islam di Malaysia adalah yang paling politik.

    Sekiranya cadangan ini diterima pakai , maka ujudkan situasi di mana satu komuniti akan menikmati monopoli sepenuhnya terhadap keseluruhan industri halal bernilai berbilion dolar berdasarkan identiti agama.

    Adakah kumpulan BMF ini akan tidak menerima darah bangsa dan ugama lain jika nyawanya didalam keadaan kritikal ? Mesti tunggu darah orang Islam sahaja?

    Bagaimana dengan wang kertas yang kita gunakan. Adakah wang kertas bebas dari DNA babi?

    Bagaimana pula menerima gaji dari kerajaan yang mengumpulkan cukai ke atas perniagaan yang tidak halal dan membayar kakitangan kerajaan menggunakan wang haram ini?

    Kurangkan masa melayan isu berkepentingan seperti ini. Latih ahli menjadi rakyat yang matang , percaya kepada sains dan teknologi dan menjadi masyarakat global.

  4. Shari Rani

    Tukar warna je pun. Tak mesti nya warna hijau tu produk keluaran Muslim 100% lepas bebas dipasaran tanpa mengikut garis panduan dan piawaian yg telah ditetapkan.
    Hijau, Jingga, Merah kena ikutlah garis panduan dan piawaian yg ditetapkan, susah apa nya

Leave a Reply