Kecoh di media sosial gara-gara seorang pemuda menyuarakan hasrat untuk mengorat anak saudara perempuan. Umum tahu, perkahwinan antara lelaki atau perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam agama Islam.
Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu menulis kapsyen; ‘nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala.’ Video 15 saat itu memaparkan seorang perempuan tengah duduk di belakangnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam dan menentang keras tindakan pemuda terbabit.
Netizen marah dengan individu itu kerana membuat ‘content’ seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan secara mahram.
Bagaimanapun, video tersebut didapati telah dipadam dari akaun TikTok miliknya.
Dalam hantaran berbeza, pemuda itu berasa kesal kerana orang ramai berandaian buruk selain menabur fitnah.
Sumber: TikTok @ayidcomel
Leave a Reply